Berita Bloggers

Monday, August 17, 2009

Permatang Pasir

Rohaizat Layak: Pengerusi Perhubungan UMNO P Pinang, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi kata calon BN, Rohaizat Othman layak bertanding walau Majlis Peguam batalkan lesen guaman sivil setelah rakan kongsinya timbulkan masalah.

Sijil peguam syarienya pula masih sah, tapi parti lawan tentunya kelirukan pengundi.

Perkara batalkan lesen guaman bukanlah perkara luar biasa dalam perkhidmatan perundangan. Sebelum ini pun ada YB BN dan YB pembangkang yang pernah mengalami perkara yang serupa.

30 MINIT: TPM ajak YB BN amal tinjauan mesra 30 minit. Kalau nak pulih kepercayaan & menang PRU13, turun padang, dengar, jgn bisu, jgn pura-pura tak melihat masalah rakyat.

Dengar rintihan mereka & selesaikan apa yg jadi keutamaan rakyat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 9, 2009

Sultan Selangor : Jangan anggap institusi raja sekadar lambang istiadat


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutamanya wakil rakyat di negeri itu supaya mengikis tanggapan bahawa institusi raja di negara ini sekadar lambang istiadat dan upacara rasmi semata-mata.

Baginda bertitah anggapan itu perlu diperbetulkan segera kerana institusi itu sebenarnya mempunyai kuasa serta peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan, kebesaran dan kemuliaan raja-raja.

Malah, baginda turut menyatakan peranan itu merangkumi tanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

"Beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan ahli Yang Berhormat (wakil rakyat) bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan berparlimen sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Malah, sistem ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Asas kepada peruntukan penting ini (Perlembagaan) adalah hasil daripada pemuafakatan yang dicapai antara tiga kaum terbesar negara ini iaitu Melayu, Cina dan India atas perkenan raja-raja Melayu dan persetujuan kerajaan British.

"Maka dengan itu anggapan sesetengah pihak bahawa raja adalah sekadar lambang kebesaran dan hanya berperanan dalam upacara rasmi sahaja adalah satu tafsiran yang salah dan perlu dikikis serta diperbetulkan dengan segera," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta 56 anggota dewan itu.

Sultan Selangor berkenan menyampaikan titah ucapan pertamanya pada majlis ini selepas selamat menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lepas.

Sultan Sharafuddin turut menegur sikap sesetengah wakil rakyat sejak kebelakangan ini yang memperlihatkan sikap kurang sopan dan tidak beradab kepada institusi raja serta kemuliaan Dewan Negeri Selangor. BERNAMA

Tuesday, June 16, 2009

Puisi Sempena Lawatan Lee Kuan Yew

Sempena lawatan Si mata sepet H1N1 ke Malaysia selama 8 hari ,satu puisi telah dicipta oleh Dato A.Kadir Jasin buat tatapan kita untuk kita renungi dan fikirkan sejenak.

Buat Baik Biarlah Berperi
A Kadir Jasin

LEE Kuan Yew datang dan pergi
Mengadap Raja, mengunjung Menteri
Bermesra dengan anak dan bini
Semuanya seronok tidak terperi.

Konon dipanggil “Uncle Lee”
Khabar cerita digelar “Daddy”
Satu Semenanjung dia pergi
Melawat negeri BN, Pas dan DAP.

Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur

Maka “Daddy Lee” pun berkata
Suami-isteri pasangan bahagia
Malaysia-Singapura jiran tetangga
Marilah kita hidup bersama.

“Uncle Lee” orangnya bijak
Kawan dan lawan semua dipijak
Dari zaman penjajah sudah pun nampak
Kawan baik ke penjara dicampak.

Cina, Melayu, India dia tak kira
Semua berkawan akrab dan mesra
Tetapi bila hendak berkuasa
Satu persatu dihumban ke penjara.

A Samad Ismail jangan dilupa
Lim Chin Siong itu siapa?
Devan Nair dikatakan gila
Kerana di depan “Daddy Lee” berani bersuara.

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

LKY datang dan pergi
Hebohlah kita satu negeri
Buat baik biarlah berperi
Takut tergadai kampung dan negeri.

Di pinggir sawah melakar kata
Ampun dan maaf terkasar bahasa
Nasib petani janganlah dilupa
Kerana merekalah makanan tersedia.


Terima kasih http://kadirjasin.blogspot.com/

Wednesday, April 29, 2009

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV

Oleh SULAIMAN AKHLAKEN

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.

Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

dipetik dari http://www.malaysia-instinct.com

Sunday, April 26, 2009

Keluhan rasa Nik Abduh Nik Aziz

kerja - kerja bodoh dalam pas

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

dipetik dari : http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

Tuesday, April 14, 2009

Bukan UMNO Sahaja Perlu Berubah, PAS Juga Perlu

Khabarnya di Machang 13 April lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada para perwakilan muktamar parti PAS untuk menentukan barisan kepimpinan parti tersebut, termasuk bagi jawatan presiden.

Isyarat yang diberikan oleh beliau menunjukkan ia satu 'restu' supaya sekiranya perlu, maka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri perlu dilengserkan (lihat sini). Isyarat tanpa lapik tersebut amat mengejutkan beberapa teman saya dalam PAS.

Tuan Guru juga dilaporkan berkata, barisan kepimpinan parti sedia ada tidak semestinya kekal, dan jika para perwakilan inginkan perubahan maka ia wajar dilakukan ketika berlangsungnya muktamar parti itu kelak.

"Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Ia bergantung kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan perwakilan yang dipilih untuk mengundi nanti. Malah kalau ada sesiapa rasa berkemampuan bertanding, tidak salah untuk tawarkan diri kerana mereka mempunyai hak."

Nik Abdul Aziz mengulas kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan parti itu untuk disesuaikan dengan 'tuntutan keadaan'.

Sekiranya Mursyidul Am PAS sendiri sudah menyarankan yang sekiranya 'perlu' Presiden PAS wajar ditukar, maka mungkinkah juga ada gerakan untuk menukar Mursyidul Am itu sendiri? Inilah yang disarankan oleh teman-teman saya tersebut, sewaktu kami minum-minum di Restoran Haslam berdekatan pejabat Harakah kelmarin.

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ingat: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).

Tiga tahun adalah satu tempoh yang munasabah. Tempoh yang terlalu lama akan mendorong pemimpin tersebut melakukan lebih banyak kesilapan.

Untuk setiap ahli politik, mereka ada expiry date. Sekiranya kita mendengar rungutan ahli, kita akan mendapati terlalu ramai yang berasa tidak puas hati dengan Mursyidul Am, terutamanya 'pergeseran' beliau secara terbuka termasuk menulis surat terbuka kepada Presiden yang tentunya tidak perlu di zaman ada emel, sms, mms dan telefon bimbit. Mereka bagaimanapun tidak ada telor untuk menyuarakan hal ini secara terbuka; dan antara cara untuk meluahkan perasaan ialah dengan menelefon saya di tengah-tengah malam, dan merungut macam kerbau berkubang.

Menurut mereka, kecenderungan Mursyidul Am mempertahankan kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut membimbangkan. Tambahan pula Tuan Guru telah ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata.

Ingat, iklim politik boleh berubah dan mengena batang hidung sendiri. Gorbachev menggalakkan perubahan dan reformasi dalam pentadbirannya di Soviet Union, dan akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa sistem ciptaan sendiri. Seperti juga Pak Lah yang terbalik dan diterbalikkan oleh kumpulan yang mahu mengekalkan status quo 'isme'nya.

Episod politik UMNO amat menarik apabila Mahathirisme kembali bertakhta. Jun ini kita akan melihat pula apakah PAS akan menjadi parti memperjuangkan Islam yang sebenar atau menjadi Parti Islam Liberal sepenuhnya.

Justeru, saya kira jangan salah seruan seperti memberi isyarat merubah kepimpinan sewenang-wenangnya; kerana jawatan di dunia ini tidak selamat dan tidak kekal. Hari ini orang boleh suka, esok orang boleh benci.

Pandai-pandai memilih. UMNO perlu berubah, PAS juga perlu berubah. Jika kedua-duanya tidak berubah kemaraan jaringan liberalis penyokong kebebasan mutlak, free-market dan anti pemurnian budaya akan terus berkembang.

Ingat musuh kita bukan 'sesama sendiri'. Tetapi musuh kita adalah 'dalam kalangan kita sendiri', yang duduk dalam selimut, dengan guntingan yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara. Tidak cukup dengan front sendiri, 'ejen', biak dan juak mereka juga mara dalam kedua-dua parti, dan jika politikus kita terus leka peradaban dan agama akan seluruhnya runtuh.


dipetik dari :http://tehranifaisal.blogspot.com/

Friday, April 3, 2009

Najib dengan rasmi PM ke-6

Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan.

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan.

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

=malaysiakini=

Sunday, March 15, 2009

What’s Holding Up Pak Lah?

Pak Lah has yet to decide on the date for the transition of power to his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak. WHY?

It is less than two weeks before the baton is passed over to Najib as agreed upon but the OLD MAN has yet to make up his mind. Is Pak Lah trying to buy time and tire out all avenues to remain in office?

Why did he meet Anwar Ibrahim in Ulu Langat? For the sake of Malay unity? He must be joking if that was his reason for meeting his old buddy.

He should have done that long time ago if he is serious in uniting the Malays but look at what happens to our country now.

These issues have resulted in speculations and talks being widely deliberated among the rakyat and political pundits.

His clowning around is not making things better.

If Pak Lah is really concern about the peace and stability of the country, he would have allayed all fears in the rakyat by re-affirming his commitment and pledge that would prevent all guesswork and tittle-tattle that will impede efforts to improve the economy, unity and peace.

What is Pak Lah up to? He was the one who agreed that it would be done in March after being pressured to do so.

Why can’t he make up his mind and decide on the date? We expect Pak Lah to officially announce Najib as the new Prime Minister during his winding up speech at the last day of the Umno General Assembly on March 28.

But it seems that Pak Lah is making a U-turn now and tries to delay the power transition. I believe his political cronies are making an 11th hour attempt and campaign to retain him in office. My worries and earlier conjectures on this issue have some truth. (Please read my earlier posting titled Pak Lah Still Wants To Remain In Office?).

The people looked up at him when he took over the Prime Ministership from Tun M as he was dubbed as MR CLEAN.

The Mr Clean WHO CLEANS UP EVERYTHING


dipetik dari www.malaysianstory.blogspot.com

Tuesday, March 10, 2009

'Ini Orang Tidurlah' - GMP

Transkripsi penuh sidang media Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diwakili Pengerusinya, Dato' Dr Hassan Ahmad, di rumah Pena pada 9 Mac lalu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sudi hadir pada sidang akhbar ini. Saya ingin memberitahu tentang hasil usaha serta ikhtiar kami untuk memberitahu kerajaan tentang mengapa PPSMI ini patut dimansuhkan. Pertama, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam kenyataannya di akhbar semalam (8 Mac) menunjukkan reaksi positif dan agak baik. Beliau berjanji akan membawa isu ini pada Persidangan Umno akan datang supaya masalah PPSMI ini diselesaikan segera dan sebaik-baiknya sebelum timbul isu-isu lain yang lebih buruk.

Dalam mesyuarat kami sebelum sidang media ini, kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan lagi pendirian kami bahawa GMP adalah satu gerakan aman. Usaha kami hanya meminta kerajaan kembali kepada dasar lama yang kami anggap adalah dasar yang sangat baik dan tidak pernah menimbulkan masalah besar. Dasar lama itu adalah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains hendaklah dikembalikan dasarnya kepada bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan dan kepada bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.

Itu sahaja tujuan kami. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan kami anggap ini adalah untuk kepentingan semua kaum termasuklah ibu bapa dan guru-guru. Dan kami tidak mahu bahasa kebangsaan menjadi bahasa pinggiran dan hanya menjadi bahasa kebangsaan daripada segi simbolik sahaja tetapi tidak mempunyai nilai ilmu dan pembangunan. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.

Jadi kesannya buruk sekiranya pelajar Melayu tidak boleh lagi menuntut ilmu khususnya dalam bidang sains yang merangkumi kira-kira 89 bidang sains. Jika ia tidak lagi diajar dalam bahasa kebangsaan, kita tidak akan menjadi bangsa yang mengetahui ilmu kedoktoran dan kejuruteraan. Dan kita tidak boleh lagi menjadi bangsa Melayu yang boleh menjadi ahli kimia yang boleh berbahas, menulis buku dan berbincang dalam bahasa sendiri mengenai ilmu-ilmu ini. Itulah kesan buruknya yang diharap dapat dicegah sekarang ini.

Ada juga sesetengah pihak yang menyatakan mengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyak lagi pihak-pihak lain yang 'bising' dan mendesak sejak 2003 agar PPSMI dimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu, tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehingga lapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untuk menggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.

Malah sebelum 2003 juga pelbagai seminar, kongres serta forum meminta supaya bahasa kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan itu dilaksanakan dengan tegas dan sebaik-baiknya. Selain itu, kami juga selalu tegaskan dan jangan ada yang menyangkan GMP ini menentang bahasa Inggeris. Malah kita mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah- sekolah dipertingkatkan kaedah pengajarannnya. Ia harus diperbaiki supaya pelajar-pelajar kita terutama di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di luar bandar dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selama 11 tahun.

Jika kaedahnya baik, pelajar masih tidak dapat bercakap atau menggunakan bahasa dengan baik dan lancar, tentu ada kesilapan pada sistemnya. Tidak boleh kita mengatakan pelajar lembap atau tidak suka bahasa Inggeris. Dan pelajar-pelajar Melayu dalam subjek bahasa Melayu juga ada yang lemah malah dalam peperiksaan ada yang gagal. Dalam keputusan peperiksaan 2004 dan 2005, 40,000 lebih pelajar Melayu yang lemah bahasa kebangsaannya. Ini masalah yang harus diselesaikan bukan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Sebelum 2003, saya sering bertanya kepada pihak yang menjaga sistem pendidikan negara ini. Saya bertanya, cuba sebutkan dua atau tiga sebab mengapa dasar lama yang telah baik itu diubah. Kalau tidak boleh sebut tiga, sebut satu ajelah. Apakah ia dapat memudaratkan bangsa kita dan apakah bangsa kita tidak boleh maju jika tidak belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris? Dan apakah ia menyebabkan pelajar kita tidak pandai matematik dan sains jika diajar dalam bahasa ibunda atau kebangsaan? Adakah contohnya?

Kita bukan anti bahasa Inggeris. Malah kerajaan menjadikan bahasa Inggeris pelajaran wajib sejak merdeka. Umno sendiri waktu itu semangat kebangsaan kuat sebelum merdeka. Tetapi mereka menerima keputusan kerajaan Perikatan supaya bahasa Inggeris dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai bahasa wajib diajar di semua sekolah. Saya anggap dasar yang sedia ada paling baik dalam negara kita yang pelbagai kaum ini. Kenapa hendak dihapus dan dimusnah.

Seterusnya ada pihak yang mengatakan jika dilihat pada situasi 7 Mac, GMP sudah jadi gerakan politik dan sudah diambil alih orang politik tidak kira daripada parti mana. Kami tidak tahu pun tentang hal ini. Kami hanya tahu GMP hanya berusaha untuk meminta kerajaan mengembalikan dasar lama. Itu dasar kami. Jika beratus-ratus ribu malah berjuta orang hendak menyokong, apa kami boleh buat. Sama ada daripada PAS, KeADILan atau Umno serta DAP, kami tidak boleh tolak.

Apa niat mereka, apa agenda mereka, kita tidak tahu. Kami tidak boleh tanya, contohnya kepada Dato Seri Abdul Hadi Awang "Dato' ni menyokong kami untuk tujuan apa? Untuk agenda PAS ke?" Saya tidak boleh tanya begitu nanti dia kata saya kurang ajar pula. Isu ini merentas perkauman. Sebab tidak ada orang lain hendak buat, jadi GMP yang buat. Ia tidak berdosa. Kita bukan menentang kerajaan. Kita bukan parti terrorist. Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan.

Dato' A. Samad Said kena gas. Saya tidak kena sebab polis suruh saya naik kereta. Saya pergi sebab saya hendak menyampaikan memorandum kepada raja. Orang sudah menunggu dekat situ. Jika orang tu tidak ada dekat situ saya bagi dekat kuda yang jaga pintu. Tapi kuda tidak ada waktu itu. Tapi Alhamdulillah sampai juga hajat kami hendak menyampaikan memorandum tersebut. Saya dengan Dato' A. Samad Said. Sepatutnya tujuh orang yang menyampaikan memorandum sebagaimana ditanda tangan di memorandum tersebut. Yang lain menyertai perarakan. Berarak itu bukan kehendak kita. Bukan kehendak GMP dan bukan kehendak polis.

Saya berjumpa dengan pihak polis dan polis menyatakan bolehlah pihak GMP berhimpun di Masjid Negara tetapi tidak boleh berarak. Orang hendak datang beramai-ramai juga kita tidak boleh sekat. Kami juga harus memberitahu di sini pihak polis sangat baik dengan kami. Sebab mungkin dia tengok muka kami ini tidak garang. Jangan tanya kenapa budak-budak muda itu berarak. Asal dengan aman dan jangan bertumbuk dengan polis. Mereka juga hendak menjalankan tugas mereka kerana mendapat arahan pihak atasan. Kami mempunyai prinsip. Prinsip itulah yang ingin kami pertahankan.

Begitu juga dengan orang Kementerian Pelajaran. Dia juga mempunyai prinsipnya yang hendak dipertahankan. Ini masalahnya. Dan jangan kata kami diperalatkan. Daripada sudut hati sanubari saya, kita suruh orang politik sokong kita dan peralatkan kita. Ikhlas saya cakap, isu politik tidak ada langsung. Kalau tidak buat apa kita minta kerajaan mansuhkan. Kita biarkan sahaja. Tetapi kerana memikirkan mudaratnya kerosakan yang boleh berlaku pada alat pemikiran dan tamadun serta budaya kita iaitu bahasa yang termusnah. Jadi yang berlaku semalam bukan lah wayang kulit. Tidak ada dalang. Biasa dalang ini menyorok di balik tabir. Jika nampak bukan dalang tapi penyokong.

Saya tidak mahu saya dikatakan boneka. Menghina. Saya bukan boneka. Saya ada akal dan ilmu. Saya ada perasaan dan jiwa. Saya makhluk Tuhan. Sama juga anda semua. Saya bukan monyet dan beruk. Ini saya tidak mahu orang kata ada dalang di belakang kami. Itu yang dapat saya katakan. Saya juga menghargai para penyokong yang datang daripada segenap kaum. Ada juga NGO Cina dan Tamil datang menyerahkan sokongan mereka untuk dilampirkan dalam memorandum yang hendak dihantar oleh kami. Oleh kerana kelam kabut berlaku, mereka tidak dapat hantar kepada saya yang telah ada di Istana Negara untuk disertakan bersama memorandum GMP. Kita dapat juga menyampaikan memorandum kepada pihak Istana. Itu sahaja matlamat kami.

Saya perlu ingatkan balik saya menghargai layanan pihak polis di Istana dan di Masjid Negara. Keluar gambar dalam Utusan Malaysia saya seperti hendak bergaduh dengan polis. Bukan bergaduh. Kita berunding. Jika tidak baik sudah bergaduh. Salah seorang yang ditangkap itu, boleh saya cerita kenapa dia ditangkap?(Sambil bertanya kepada beberapa orang anggota GMP yang turut serta dalam sidang media itu dan diiyakan) Dia itu ditangkap kerana semangatnya lebih. Dia bertengkar-tengkar dan kena tangkap. Agaknya kalau saya maki polis, saya kena tangkap juga. Tapi kita sudah bagitahu awal-awal jangan menyusahkan ikhtiar GMP.

Anda ingin datang menyokong, Alhamdulillah. Datanglah sokong beramai-ramai. Tetapi jangan buat gangguan. Jika ada pihak ketiga hendak buat gangguan, itu hal dia. Asalkan jangan ada penyokong dan pihak GMP buat gangguan. Kita tidak mahu seperti itu. Nanti orang kata kita jahat. Kerajaan kata kita buat kacau. Apa yang berlaku semalam tidak membayangkan GMP ini satu gerakan yang ganas. Tidak. Dan kami masih sanggup berjumpa dengan anda sekalian (media). Jika tidak kami sudah menyorok bimbang jika Pengerusi GMP dipanggil polis. Panggillah. Kami bersedia memberi penerangan kepada sahabat dan sebagai warganegara Malaysia. Kita tidak mahu bergaduh.

Wartawan: Dato', bilakah dijangka pertemuan GMP dengan Dato' Seri Abdullah?
Dato' Hassan Ahmad: Secepat mungkin. Dijangka dalam masa seminggu dari sekarang.

Wartawan: Pertemuan tersebut sebelum Perhimpunan Agung Umno?

Dato' Hassan Ahmad: Ya, sebelum.

Wartawan- Sekarang ini digembar gembur pembangkang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Dato' Hassan Ahmad- Apa nak buat. Dia hendak sokong. Umno pun kalau hendak sokong boleh juga. Datanglah beramai-ramai. Kita tidak boleh mengatakan Umno jangan masuk campur, ini urusan PAS, bukan urusan GMP. Ini yang kita tidak mahu dapat kesan itu.

Wartawan:Adakah orang Umno tidak ada dalam perhimpunan itu?

Dato' Hassan Ahmad: Orang Umno pun ada. Yang tidak hadir tapi sokong pun ramai. Merata-rata di Malaysia. Orang kuat-kuat pun ada.

Wartawan-Mereka bagi sokongan bagaimana?

Dato' Hassan Ahmad: Ada yang telefon, hantar mesej pun ada. Soal sama ada orang hendak bantah atau sokong, lain. Kita hendakkan isu itu. Prinsip bahawa matematik dan sains harus diajar dalam bahasa kebangsaan negara Malaysia bukan negara lain.

Wartawan: Dato' Hishamuddin mengatakan ada pilihan sama ada tidak membatalkan sepenuhnya PPSMI ini.

Dato' Hassan Ahmad: Ikut dialah. Kami punya matlamat supaya dasar lama itu dikembalikan. Maknanya mengajar sains dan matematik daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga ke IPT. Ada ke sesiapa boleh bagitahu kita bahasa kebangsaan ini tidak layak untuk mengajar matematik dan sains?

Siapa boleh bagitahu saya boleh bagi hadiah. Jawapan yang betul-betul munasabah yang boleh diterima oleh umat dunia yang mengatakan bahasa Melayu atau bahasa Mandarin atau bahasa Tamil tidak layak jadi bahasa ilmu? Kalau ada bukti, esok kita bubarkan GMP. Jangan ingat kita ini orang tidak siuman. Berbalik pada asal. Sebab yang asal tidak ada masalah. Kalau ada masalah setelah 37 tahun dilaksanakan, sudah mantap dan begitu sebati dalam budaya rakyat Malaysia ini, ia ditarik balik.

Wartawan: Jika bahasa Inggeris dikekalkan dalam pengajaran kedua-dua subjek itu, apakah tindakan GMP?

Dato' Hassan Ahmad- Rasanya soalan itu tidak adil dan tidak patut ditujukan kepada GMP. Soalan itu sepatutnya ditanya kepada wakil rakyat, parti Umno yang dahulu menubuh dan menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada sebelum 2003. Tanya mereka lah. Saya tidak mempunyai kuasa.

Kalau saya ada kuasa bolehlah saya jawab. Cuma ada kuasa suara lah sikit. Kena tanya pihak BN, Perikatan waktu dulu. Kamu yang gubal dan kamu yang hapuskan. Ada masalah ke? Saya pernah sebut dalam satu sidang akhbar dahulu. UKM, yang gunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama selama 30 tahun lebih sejak 1970 telah menghasilkan lebih 2000 tesis sarjana sains dan matematik. Dan lebih 400 thesis PHD juga ditulis dalam bahasa kebangsaan tentang bidang matematik dan sains.

Jika tulis tesis tentulah 'original' dan bukan 'copy' atau terjemah dari bahasa Inggeris. Dia mestilah menyelidik dalam bahasa kebangsaan. Jadi thesis itu dalam bahasa kebangsaan. Itu hanya UKM tidak termasuk universiti lain. Jika boleh tulis thesis dalam bahasa Melayu, kenapa kamu matikan tengah jalan? Hendak kata dia penjajah marah pula. Atau boleh jadi kita hendak ikut penjajah British yang ajar bahasa Melayu ilmu kesihatan hanya di peringkat rendah sahaja. Jadi, kalau kerajaan hendak balik ke sana, balik kepada asallah sebelum merdeka dahulu.

Buat apa kita merdeka? Saya tidak hendak cakap politik. Kalau saya cakap politik banyak pula ceritanya. Para pemimpin kita harus memimpin rakyat Malaysia berdasarkan tamadun kita bukan tamadun orang lain. Tamadun salinan, tamadun salinan. Maka kita tidak jadi bangsa yang kreatif dan inovatif serta mencipta sesuatu yang baru melainkan terjemah sahaja.

Wartawan- Jadi, GMP tidak akan berhenti mendesak kerajaan hentikan PPSMI ini?
Dato' Hassan Ahmad- Hendak berhenti buat apa. Sampai berjayalah.

Wartawan- Adakah GMP jemput Dong Jong Zhong menyertai pergerakan GMP ini?
Dato' Hassan Ahmad- Kita sudah jemput. Mereka dah setuju. Tapi beberapa NGO Cina tidak berapa setuju dengan DJZ ini. Mereka bantah dan tidak setuju kenapa Dong Zhong buat macam ini. Orang ingat GMP ini hendak desak kerajaan adakan satu aliran bahasa dalam sistem pendidikan kita. Kita mudah. Berbalik pada asal. Tetapi jika kerajaan hendak buat satu aliran bahasa, itu terserah. Itu dasar lain. Kita hanya hendak balik pada asal.

Salahkah? Tidak ada yang salah. Kita mesti berterus terang dan tidak ada yang hendak disorok. Ia hendaklah berdasarkan otak. Jangan prasangka sahaja. Mengatakan GMP jahat, anti kerajaan. Itu kata dia bukan saya cakap. 'Make it simple. the whole world is complicated'. Saya cakap bahasa Inggeris sebab saya tahu bahasa Inggeris. Jangan ingat saya tidak tahu bahasa Inggeris. 'I think I can speak better than most of the ministers.' Tidak ada 'grammatical mistake'.

Bukan tulis surat tapi kertas kerja. Macam profesor kita yang ada ini (sambil menunjukkan kepada beberapa orang AJK GMP). Kenapa tidak mahu menjadikan mereka ini contoh. Pertahankanlah benda yang betul. Tidak jadi isu lah. Seperti PM kata, selesaikan PPSMI ini sebelum timbul isu-isu yang lebih berat. Apa maksudnya kita belum tahu lagi tetapi kita jumpa. Hendak berkawan dan hendak berbaik-baik dengan dia. Setahun dahulu kita pernah jumpa. PM kata akan kembali pada dasar asal. Prof. Emeritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid telah jumpa dia. Siapa kata baru sekarang? Ini orang tidurlah. Dahulu kata 'experimental project' PPSMI ini. Sekarang sudah jadi dasar pula.

Wartawan: Jadi tuduhan GMP anti kerajaan tidak benarlah?

Dato' Hassan Ahmad: Tidak. Saya pernah cakap dengan Dato' Seri Hishamuddin sewaktu menyampaikan memorandum di Parlimen. Ramai orang dengar. Saya cakap 'ini kita bukan hendak bergaduh ye' 'Tidak. Kita tidak bergaduh. Kita berkawan'. Berpeluklah sikit.

Wartawan: Dato', anggaran penyertaan dalam perhimpunan tersebut?

Dato' Hassan Ahmad: Dianggarkan oleh ahli matematik kita, seorang jurutera , 70,000 orang ada di Kuala Lumpur. Bukan 2000 atau 5000.

dipetik dari : http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/ini-orang-tidurlah-gmp.html

Saturday, March 7, 2009

BERSATU LAH UMAT MELAYU - DYMM SULTAN SELANGOR

* Teks Penuh *

TITAH UCAPAN
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
DI MAJLIS PERASMIAN
MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH,
JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR.

PADA 6 MAC 2009 BERSAMAAN
09 RABIULAWAL 1430 H (JUMAAT)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala., Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian pembinaan semula Masjid Sultan Abdul Aziz yang menjadi nadi penggerak masyarakat Islam di tengah-tengah bandar Petaling Jaya ini. Beta berharap, majlis yang diadakan ini akan mencetuskan semangat perpaduan di kalangan rakyat serta masyarakat di sini dan juga dapat memberikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh masyarakat disini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan lebih baik dan sempurna, terutama sekali untuk memberikan keselesaan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Masjid ini telah dibina, dan dinamakan sempena nama Ayahanda Beta pada tahun 1964. Oleh sebab Petaling Jaya telah berkembang maju dan rakyatnya semakin bertambah serta dinaik-taraf menjadi bandaraya, maka keperluan untuk menampung lebih ramai jemaah adalah perlu, maka masjid ini telah dibina semula sesuai dengan taraf Petaling Jaya sebagai sebuah bandaraya. Beta ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyumbangkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Juta untuk pembinaan semula masjid ini yang telah diuruskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Zainul Ariff bin Haji Hussain semasa beliau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak swasta serta individu yang turut membantu dalam proses pembinaan semula masjid ini. Beta tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya yang telah bersabar dalam menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk beribadah sementara menantikan siapnya pembinaan semula masjid ini.

Sesungguhnya masjid adalah tempat yang mulia di dalam Islam. Namun begitu masjid bukanlah semata-mata tempat untuk menunaikan sembahyang berjamaah sahaja, tetapi ia juga adalah merupakan sumber utama pembinaan kekuatan ummah dan juga merupakan tempat yang boleh menyatukan umat Islam secara menyeluruh.

Menyedari hakikat inilah maka kita harus berusaha menjadikan masjid sebagai satu institusi yang penting dan utama bagi mengembalikan perpaduan dan kekuatan ummah. Mendidik ummah supaya bertaqwa kepada Allah, merasa mulia dengan Islam, menyayangi dan taat setia kepada tanah air serta sedia berkorban untuk bangsa, agama dan negara.

Oleh itu, para pegawai masjid yang dilantik bukan sahaja mesti mempunyai kelayakan akademik yang tertentu bahkan mempunyai sifat keperibadian yang tinggi serta mempunyai karisma yang terbaik sebagai pemimpin masyarakat. Dalam masa yang sama mestilah sanggup turun bersama-sama dengan masyarakat dalam semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan setempat. Laksanakanlah tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, saling membantu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.

Selain itu, pihak-pihak yang terlibat perlulah memandang serius dan prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana kedamaian rumah Allah Subhanahu Wata'ala ini. Hindarilah gejala-gejala pecah amanah, perebutan kuasa, dengki mendengki, fitnah memfitnah, menimbulkan unsur hasutan, unsur-unsur campurtangan politik dan perkauman, unsur-unsur ajaran sesat serta gejala-gejala lain yang buruk sehingga boleh memporak-perandakan kesatuan Umat Islam bahkan mencacatkan imej kemuliaan masjid ini.

Di kesempatan ini, Beta ingin meluahkan rasa kesal dan dukacita serta kebimbangan Beta terhadap orang-orang Melayu di negeri Selangor ini yang mana telah berpecah belah, disebabkan oleh berlainan fahaman politik. Pepatah Melayu ada mengatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", tetapi memandangkan keadaan kucar-kacir yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu, adakah orang Melayu akan kekal di dunia ini? Jawapannya, tentulah kekal, tetapi apalah gunanya jika orang Melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan. Sudah lupakah orang Melayu akan sejarah negara kita? Di mana dengan kesepakatan, kesefahaman serta bersatunya orang-orang Melayu maka tercapailah kemerdekaan tanah air yang kita kasihi ini.

Beta merasa kesal, mengapa sejak kebelakangan ini tersebar di media elektronik dan media cetak suara-suara lantang yang mempersoalkan tentang kedudukan orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini, padahal seperti yang Beta katakan tadi perkara ini telah dipersetujui sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Apa yang lebih menyedihkan Beta, suara-suara lantang ini datangnya daripada orang Melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi-bahasa dan tidak merasa segan atau malu.

Orang Melayu telah diasuh dari zaman nenek moyang kita di atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat. Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati. Di manakah orang Melayu sekarang? Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri.

Beta telah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di Negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata.

Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lima puluh tahun dan telah maju serta boleh bersaing di dalam dunia global ini. Adakah orang Melayu mahu melihat semua kemajuan yang dicapai ini hancur lebur dan kehidupan seharian menjadi porak-peranda hanya disebabkan oleh fahaman politik dan bergaduh sesama sendiri.

Sekali lagi Beta menyeru kepada rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku, dan bertanya kepada diri sendiri, adakah kita mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup dalam suasana harmoni seperti yang kita nikmati ini berterusan? Atau bertelagah sesama sendiri dan tidak menghiraukan lagi adat dan budi bahasa, hormat menghormati dan membelakangkan undang-undang untuk kepentingan sendiri sehingga negeri yang kita dikasihi ini akan menjadi musnah dan mundur seperti negara-negara dunia ketiga.

"Bersatulah Orang Melayu, Apabila Ada Isu-Isu Kepentingan Orang Melayu Dan Agama Islam"

Beta sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Negeri Selangor yang kita kasihi ini sentiasa dilindungi dan dirahmati, tidak ditimpa mala-petaka dan rakyatnya yang berbilang kaum hidup dengan aman sejahtera, harmoni dan terus maju.

Akhirnya dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Pembinaan Semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz , Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor.

Sekian,

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dipetik dari www.warisan2057.blogspot.com

Wednesday, March 4, 2009

Ancaman kepada Melayu

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.

Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.

Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.

Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


Jangan prejudis kepada perkara 153
Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.

Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.

Dipetik dari http://sejarahmelayu.blogspot.com

Sunday, February 22, 2009

Heavy Price For Elazabeth’s Foolishness. But What About Anwar?

At least, she has done the most honourable thing as a leader i.e. to resign from public office, as state assemblywoman and Selangor state executive councillor.


The embattled PKR leader, Elizabeth Wong, is said to be heading overseas to seek solace, peace of mind and redeem herself after the most darkest episode in her life following the circulation of her lewd and half naked pictures in the Internet.


Elizabeth said she had never felt so alone, vulnerable and humiliated since the scandal broke out.

We sympathise with her but that’s politics. The price you have to pay for your own foolishness is very high.


But I wonder if Elizabeth’s boss, the habitual sodomite, will ever repent and seek forgiveness from God The Al-Mighty for all his past misdeeds.


He is not only defiant to the laws of this country but Allah. Let’s pray that Allah will show him the right path one day.


I hope it is not too late for him then.


Dipetik dari : http://malaysianstory.wordpress.com

Go Go SPRM

Kita mantapkan Sokongan kepada SPRM! Itupun jika mereka menggunakan masa di hujung minggu ini untuk merubah diri dan menyiasat dengan adil dan telus. Takkan jika SPRM adil, masih ada rakyat yang memberontak dan mengatakan SPRM tidak adil?

Ketua SPRM yang bermuka panjang perlulah juga berakal panjang. Jika akal pendek, sia-sia sahaja Allah mengurniakan bentuk muka panjang itu dengan keupayaan dan kapasiti otak yang MUNGKIN lebih dari orang biasa.

Dengar cerita, kerajaan Sabah dah beli Volvo 2.5 sebagai ganti Perdana V6? Jika benar, Harimau suka untuk mengulang kata-kata Datuk A. Kadir Jasin di mana pernah mengendos mana-mana kerajaan Negeri yang tidak menggunakan produk Proton sebagai kereta rasmi layak diklasifikasikan sebagai pengkhianat (lebih kurang begitulah).

dipetik dari http://harimau-menaip.blogspot.com

MP PAS Tumpat “Dasar PPSMI bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”

Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar jawapan dan ulasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi sebagaimana soalan saya tentang NGO-NGO. Kita telah mendengar laporan bahawa dua hari yang lalu, GAPENA yang dipimpin oleh Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein telah pun meletakkan suatu laporan kepada polis berkaitan dengan percanggahan yang jelas dasar PPSMI ini bukan sahaja dengan Dasar Bahasa Kebangsaan tetapi dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang baru sahaja ditegur oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Baginda semalam bahawa mengarahkan semua warganegara supaya taat, menghormati dan menjunjung Perlembagaan Negara… [Tepuk]

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu bagi pihak Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada gerakan mansuh PPSMI, yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Doktor Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Sasterawan Negara Pak Samad Said dan rombongan mereka dan mengalu-alukan kehadiran seluruh tetamu-tetamu kita yang lainnya.

6. Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kementerian telah mengambil kira pandangan dan desakan NGO-NGO daripada semua kalangan supaya kerajaan menarik balik dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Menteri Pelajaran [Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Bagi pihak kementerian saya juga mengalu-alukan kehadiran semua pihak yang ingin mengambil bahagian dan juga prihatin berhubung kait dengan dasar ini. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 17 pertanyaan yang menyentuh tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Daripada 17 pertanyaan yang dikemukakan, 12 daripadanya bertanyakan mengenai ketetapan kerajaan terhadap pelaksanaan dasar PPSMI; manakala pertanyaan selebihnya berkisar kepada pencapaian murid dalam Matematik dan Sains melalui peperiksaan awam serta hasil kajian-kajian dasar berkenaan.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua menjawab kesemua pertanyaan tersebut secara serentak. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa banyak pihak menanti keputusan kerajaan mengenai hala tuju dasar PPSMI ini selepas enam tahun pelaksanaannya. (sila baca seterusnya)

Dipetik dari : http://profabdullah1.wordpress.com/