Berita Bloggers

Wednesday, April 29, 2009

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV

Oleh SULAIMAN AKHLAKEN

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.

Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

dipetik dari http://www.malaysia-instinct.com

5 comments:

  1. Faktanya;
    Dia di urut oleh tukang urut lelaki.

    Assumption:
    Orang yg di urut oleh lelaki adalah homoseks.

    kalau dia di urut oleh tukang urut wanita boleh la nak hebohkan satu dunia.

    Sy bukan ahli mana2 parti, tapi janganlah belum apa2 dah buat kesimpulan. Kalau dia homoseks pun itu antara dia dengan Allah. Awak nak kata dia homoseks ada bukti ke? kalau tak ada jadi fitnah namanya. Dosa fitnah silap2 lebih besar dari homoseks.

    Antara anda dan saya dengan Allah bagaimana?

    Untuk menilai sesuatu gunakanlah Islam sebagai penimbang bukan sifat kebencian sesama manusia. Ingatan untuk diri saya juga...

    Harap komen sy disiarkan, jgn pilih yg sedap telinga mendengar je... kalau jujur la..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. ape kejadah yer Anwar ni pi Thailand berurut... siap masuk TV lagi...anwar ada meeting kat Thailand ker...sibuk juga Anwar ini... baguslah...lucu lah kau ni anwar....

    ReplyDelete
  3. Ler Anwar gi urut kat siam buat ape.. kat Bukit Bintang pun banyak sekarang.. nak tukang urut cina ker melayu ker, nak extra service pun ada.. klu nak yang halal punya pergi kat area hotel2 besar, kalau nak haram nyer bahaya nanti masuk lak rancangan 999...tu pun kalau PBT nak glamour masuk TV, ala kat area kawasan perumahan pun banyak.. tak kan orang UMNO tak tau kut.. alim sungguh UMNO yer...

    ReplyDelete
  4. Berurut pun salah!kalau dah orang tv pun ada tak timbul syak.berurut kan sama jugak dengan berubat,kalau yang mengurut pun sejenis dengan kita apa salahnya tapi kalau kome pertikaikan jugak.kalau macam tu bini kome jangan bagi beranak kat sepital sebab doktor tengok anu bini kome.takkan orang punya ramai anuar dengan tukang urut tu sempat nak berlaga pulak?pakai akal lah sikit.

    ReplyDelete
  5. untuk seorang yang kononnya handal seantero dunia dan warak pula, sanggup diurut depan kamera, nampak kurang manislah.

    kalau depan kamera pun sanggup diurut, macamana belakang kamera pulak.

    budak pekan & anakwarisan, lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete